Ahad, 5 Disember 2010

Amalan Bismillah 6

بِسْمِ اللهِ السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمِ.بِسْمِ اللهِ الخَلاَقِ الْعَلِيْمِ  الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيْمِ.بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الـْخَبِيْرُ.بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الْقَدِيْرُ.بِسْمِ اللهِ الْعَزِيْزِ الْكَرِيْمِ الَّذِيْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْعَزِيْزِ الْكَرِيْمِ.بِسْمِ اللهِ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ.فَا للهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَبِهِ وَسَلَّمَ
Ini syarah doa nabi saw barang siapa membaca doa ini dengan ikhlas dan yakin hati kepada Allah taala nescaya diperkenankan barang pintanya dan diluaskan rezekinya dan jika dibaca ditiup kepada perempuan  nescaya kasih ia akan dia dan sayidina Ali takkala perang kafir habis pecah segala tentera maka maka aku tiada pecah . Kata sayidina Usman takkala lupa Quran maka aku baca doa ini diterangkan Allah taala hati ku dengan berkat doa ini dan barang siapa membaca doa ini dijauhkan daripadanya akan segala penyakit . Dan siapa mebaca doa ini tiap-tiap hari 70 kali nescaya dijauhkan dari bahaya raja-raja atau menteri dan orang besar daripada membunuhnya dan barang siapa hendak melihat malaikat atau jin atau syaitan dibaca doa ini pada tempat yang suci nescaya melihat akan dia berkat doa ini.  Dan jika hendak melihat orang di dalam kubur dibaca pada kubur di malam Jumaat dua puluh kali nescaya melihat akan dia dan malaikat pun melihat akan orang yang membaca doa ini. Dan binatang buas tiada m emberi mudhorat akan orang yang membaca doa ini. Dan jika hendak tawar air laut maka dibaca doa ini direndamkan kaki ke dalam nya nescaya tawar dia.  Dan jika hendak dibunuh orang dibaca  doa ini dan ditiupkan kepadanya nescaya dilepaskan Allah taala.  Dan harta pun dianugerahkan dia . Dan jika padi dimakan tikus nescaya tiada dimakan nya.Dan jika dibaca doa ini tiada ditemukan seteru  dan bahaya dan jika karam dihantarkan dia kedaratan dan jika perempuan hendak beranak dibaca akan dia pada minyak tiga kali pada malam Jumaat diberiminum akan dia nescaya segera beranak dengan izin Allah taala.  Jika hamba lari dibaca doa ini pada batu asahan dibubuh asap api tujuh hari nescaya ia segera dating dan jika benda hilang dibaca doa ini pada barang apa kehendak maka maka dibubuh pada air tiga hari atau tujuh hari segera dapatnya. Dan jika orang tuli dibaca pada telinga yang kanan 7 nescaya mendengar ia. Dan jika orang gila atau masuk hantu/syaitan dibaca pada telingannya 3 kali nescaya    larilah syaitannya. Dan jika dibaca pada benda yang bisa nescaya tawar bisanya . dan jikalau orang kena penjara baca doa ini nescaya lepaslah ia.  Inilah syarah yang dibawa oleh Jibrail kepada Rasulullah saw.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan